
- This event has passed.
Pelancaran Malaysia NEXT Leaders
Sep 10, 8:00 am - 5:00 pm

NEXT Leaders bertujuan mencungkil bakat dan potensi para pelajar untuk digilap sekali gus mempersiapkan mereka untuk menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.
Bakat serta potensi pelajar akan digilap dan diketengahkan serta mereka yang terpilih akan dihantar dalam pelbagai program antaranya di institusi latihan di mana-mana GLC (syarikat berkaitan kerajaan) atau syarikat di dalam dan luar negara.
Program Malaysia Next Leaders akan dilaksanakan di seluruh negara meliputi pelbagai institusi pendidikan awam dan swasta yang melibatkan pengisian seperti seminar pelajar pintar, debat dan town hall,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan program itu.
Antara pengisian program semalam yang berlangsung selama enam jam itu ialah sesi perkongsian pengalaman bersama Ikon Belia Sanjungan Budi 2022 Hasnul Fairuz Hushin Amri selain sesi town hall bersama Pengurus Jualan dan Pemasaran Ajinomoto Berhad Wilayah Arab Saudi Mohd Faizal Zulkifly.
Hasnul Fairuz yang juga merupakan Ketua Unit Kepimpinan Akademi Kepimpinan Malaysia berkata selepas mengadakan program itu di seluruh negara yang dijangka berakhir dalam suku keempat tahun ini, akademi itu akan memilih sebanyak 300 peserta untuk mengikuti beberapa jenis ujian.
Antaranya ujian kecenderungan, ketahanan, emosi, minda dan jasmani sebelum kami menyenarai pendek kepada 150 peserta yang akan mengikuti kursus khas untuk menjadi ‘Malaysia Next Leaders’.