Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kuarters Kediaman Balai Polis Lenggong Perak Dinaik Taraf

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi PDRM memperuntukan sekitar RM1.6 Juta untuk kerja-kerja naik taraf kuarters kediaman dan pembaikan Balai Polis Lenggong Perak.

Peruntukan ini antara lain membolehkan kaurters, pembaikan beberapa kerosakan, perolehan aset dan lain-lain yang diperlukan oleh anggota polis di Balai Polis Lenggong.

Saya harap selepas ini masyarakat di Lenggong akan terus mendapat perkhidmatan terbaik daripada PDRM Lenggong dan PDRM Gerik.

Terima kasih kepada CP DATO’ SERI MOHD YUSRI BIN HASSAN BASRI Ketua Polis Perak yang sudi hadir bersama saya dalam lawatan singkat ini serta membantu mempercepatkan projek menaiktaraf kaurters Balai Polis Lenggong. Bersama juga hadir ialah:

SUPT HISYAMUDDIN BIN MOHD BAHARIN
Ketua Jabatan Logistik Dan Teknologi IPK Perak

SUPT ZULKIFLI BIN MAHMOOD
Ketua Polis Daerah Gerik

TS MOHD FADZLY BIN AHMAD ZAWAWI
Jurutera Daerah JKR Hulu Perak

ASP NORAZUAN BIN MOHD NOR
PT Pembagunan Fasiliti IPK Perak

Serta anggota serta Pegawai Polis Lenggong pelbagai peringkat.

Semoga Polis akan terus berbakti dan siapnya projek ini akan memberikan keselesaan kepada anggota yang akhirnya dapat terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara dan rakyat.

Hari ini saya bersama YDH Ketua Polis Perak, Jurutera JKR Hulu Perak, serta anggota Kanan Polis Perak dan Gerik serta Lenggong melawat kerja-kerja yang sedang dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik.

Leave a comment