Sebagai rakyat Malaysia. Kita mesti sokong filem ini. MALBATT ” Misi Bakara ” cerita benar mengenai kehebatan tentera negara kita. Kisah kehebatan tentera Malaysia telah ” ditutup” oleh filem ” Black Hawk Down “.
Misi Bakara merupakan sebuah filem aksi perang ketenteraan Malaysia 2023 yang diarahkan, diterbitkan dan ditulis oleh Adrian Teh. Mengisahkan tentang misi menyelamat lebih 70 tentera Amerika Syarikat (AS) yang terperangkap di pasar Bakara, Mogadishu, Somalia.
Filem ini, pada saya akan membetulkan beberapa fakta yang tidak benar filem versi Hollywood Black Hawk Down diterbitkan pada 2001 yang tidak menceritakan realiti sebenar ‘hero’ negara yang sanggup menggadai nyawa menyelamatkan anggota tentera AS.
MALBATT mesti disokong oleh kita rakyat Malaysia.
